KELAS NADI MAHIR JAHIT (MINGGU 12) DRAF POLA KURUNG MODEN
1 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 1 April 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Jahit pada minggu ini adalah kelas mendraf pola kurung moden. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan bahan, alatan yang diperlukan dan cara-cara untuk mendraf pola baju kurung moden.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: